மாண்புமிகு டத்தோ சிறி டிராஜா மாட்சீர் பின் காலிட்

கல்வி அமைச்சர்

மாண்புமிகு டத்தோ சிறி டிராஜா மாட்சீர் பின் காலிட்

கல்வி அமைச்சர்

Biography

Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia dalam Barisan Kabinet Datuk Seri Najib Razak (rombakan kabinet 2015) menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (16 Mei 2013 – 29 Julai 2015)

Nama Penuh: Mahdzir Bin Khalid
Tarikh Lahir: 15 Disember 1960
Tempat Lahir: Kampung Atong, Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah
Nama Isteri: Noraini binti Abdullah
Anak-Anak: 4 Orang

Menteri Pendidikan Malaysia 
Yang Berhormat Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid

Jabatan

Pejabat Kementerian Pendidikan malaysia

Latar Belakang Pendidikan

Kelulusan Pendidikan B.A (Hons) Jurusan Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (1984). Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena den meneruskan pengajian menengah di SMK Pokok Sena dan SMK Dato’ Syed Omar, Alor Star, Kedah. Beliau membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1979 hingga 1983 dan berjaya mendapat Ijazah B.A (Hons). Semasa di kampus USM, bakat kepimpinan beliau mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM (1981-1982).

Kurniaan dan Pangkat

  • Dato’ Seri Mahawangsa (Orang Besar Lapan Istana) Mei 2008
  • Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) – Dato’ Mei 2008
  • Dato’ Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (S.H.M.S) – Dato’ Seri Diraja Januari 2008
  • Jaksa Pendamai (J.P) Januari 2007
  • Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K) – Dato’ Seri Januari 2006
  • Bakti Khidmat Masyarakat (B.K.M) 1996

Sejarah dan Kerjaya

Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani oleh kepimpinan negeri. Ini membawa beliau untuk berkhidmat dengan Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato’ Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato’ Seri Osman bin Haji Aroff sebagai Pegawai Khas (Pembangunan) mulai tahun 1993 hingga 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Seranta, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mulai tahun 1998 hingga tahun 2000. Sepanjang tempoh bertugas di koridor kepimpinan Kerajaan Negeri den Agensi Persekutuan ini, beliau dapat menyelami kehidupan rakyat dan masa depan negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan beliau terus menyerlah apabila dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mulai tahun 2000 hingga Mac 2004.

  • Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO
  • Pengerusi UNESCO Malaysia (NatCom)
  • Menteri Pendidikan Julai 2015 – hingga kini
  • Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air Mei 2013 – Julai 2015
  • Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kementerian Pelancongan Malaysia)  2008 – 2013
  • Pengerusi MADA, Kedah Darul Aman 2006 – 2013
  • Pengerusi KEDA, Kedah Darul Aman 2006 – 2009
  • Menteri Besar Kedah     28 Dis 2005 – 8 Mac 2008
  • Pemangku Menteri Besar Kedah     17 Jul 2005 – 27 Dis 2005
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (EXCO) Portfolio Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi Negeri. 28 Mac 2004-27 Disember 2005
  • Setiausaha Politik kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia  2000 – 2004
  • Pengarah Seranta, Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi Malaysia 1998 – 2000
  • Pegawai Khas kepada YAB. Menteri Besar Kedah 1993 – 1996
  • Pengetua, Sek. Men. Kebangsaan Gadong, Beaufort, Sabah 1990 – 1993
  • Pegawai Pendidikan 1984 – 1990

Politik

  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 2008 – Kini
  • Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 2008 – Kini
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Dun Pedu) 2004 – 2013
  • Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah 2006 – 2009
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap  2004 – 2008

 Kehidupan Awal Mahdzir Khalid

Dato’ Seri Diraja Mahdzir Bin Khalid adalah anak sulung dari empat orang adik beradik. Beliau merupakan anak pasangan petani, Allahyarham Encik Khalid bin Yaakob dan Puan Che Dah binti Yaakob. Dilahirkan pada hari Khamis 25 Jamadil Akhir 1380 bersamaan 15 Disember 1960 di Kg. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Maklumat Keluarga Mahdzir Bin Khalid

Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta, Datin Seri Diraja Noraini binti Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan Allah SWT dengan empat orang anak iaitu Siti Hajar, Mohd. Saddam, Mohd. Sallehuddin dan Mahani.

All session by மாண்புமிகு டத்தோ சிறி டிராஜா மாட்சீர் பின் காலிட்